Cari:
Mahkamah Perancis Tolak Rayuan untuk Menghentikan Lelongan Artifak China
2009-02-24 10:59:49 CRI Cetak

Tribunal de Grande Lustance di Paris, Perancis semalam menolak rayuan Persatuan Perlindungan Seni China di Eropah (APACE) untuk menghentikan lelongan dua buah patung gangsa yang berasal dari Taman Diraja Yuanmingyuan China. Pihak pendakwa juga dituntut memberi pampasan kepada tertuduh.

Peguam untuk APACE, Puan Ren Xiaohong berkata, berdasarkan undang-undang Perancis, tertuduh merupakan pemilik yang sah bagi dua artifak tersebut, maka sukar bagi APACE untuk menang kes ini. Namun, APACE tetap membuat rayuan itu kerana ingin menarik perhatian orang ramai terhadap artifak-artifak China yang dirampas dan dibawa ke Eropah, supaya meningkatkan perlindungan dan pemeliharaan terhadap artifak-artifak berkenaan.

Upacara melelong dua buah patung gangsa tersebut akan dimulakan pada pukul 7.00 malam 25 Februari waktu tempatan Paris.

Taman Yuanmingyuan merupakan taman diraja pada zaman Dinasti Qing (1644-1911). Taman itu dirampas sebelum musnah dibakar oleh Tentera Bersekutu Britain dan Perancis ketika Perang Candu Kedua pada tahun 1860.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China