Cari:
Delegasi Galakan Perdagangan dan Pelaburan China Berlepas ke Eropah
2009-02-24 16:21:18 CRI Cetak

Delegasi Galakan Perdagangan dan Pelaburan China yang diketuai Menteri Perdagangan, Chen Deming hari ini berlepas ke Eropah untuk mengadakan aktiviti perdagangan di Jerman, Switzerland, Sepanyol dan Britain.

Menurut 38 perjanjian yang ditandatangani China dengan negara-negara berkenaan sebelum ini, delegasi China ke Eropah ini akan membeli kemudahan dan teknologi yang bernilai 15 bilion yuan Renminbi.

Naib Menteri Perdagangan, Gao Hucheng menekankan, delegasi China ke Eropah kali ini akan meningkatkan import dari Eropah. Ini menunjukkan pendirian dan keazaman China untuk membuka pasarannya dan meningkatkan kerjasama dengan negara-negara asing dalam bidang ekonomi dan perdagangan supaya menyumbang kepada pemulihan ekonomi dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China