China perlu menyedari sepenuhnya cabaran baru terhadap pembangunan ekonomi negara akibat pergolakan ekonomi dunia, melaksanakan dasar yang saintifik dan giat berusaha untuk memelihara pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Presiden China, Hu Jintao berkata demikian dalam sebuah mesyuarat di Beijing hari ini.
Menurut beliau, kerajaan pusat akan mengambil langkah yang lebih berkesan untuk meningkatkan permintaan domestik, mencari pemangkin pertumbuhan yang baru serta meningkatkan daya saingan, di samping mengutamakan usaha memperbaiki taraf hidup rakyat.