Ekonomi Tibet dijangka terus kukuh pada tahun ini. Pendapatan bersih perkapita golongan petani dan penggembala di Tibet diramal akan meningkat lebih 13% berbanding dengan tahun lalu, manakala Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Tibet juga akan mengekalkan pertumbuhan dua angka.
Naib Pengarah Jabatan Statistik Negara Cawangan Tibet, Wu Jianhua menyatakan demikian ketika diwawancara di Lhasa semalam. Menurut beliau, kesan krisis kewangan terhadap ekonomi sebenar Tibet tidak ketara kerana pembangunan Tibet lebih berngantung kepada pelaburan dalam negara. Beliau memaklumkan bahawa hingga tahun 2010, negara akan memperuntukkan 77.8 bilion yuan RMB bagi 180 projek di Tibet.
Pada tahun ini, Tibet merancang untuk membelanjakan50 juta yuan RMB bagi mempromosi pelancongan, demi memulihkan industri pelancongan tempatan.