Cari:
Kaum Tibet di Seluruh Negara China Menyambut Tahun Baru Tibet
2009-02-25 14:50:53 CRI Cetak

 

Hari ini merupakan hari pertama tahun baru menurut kalendar Tibet. Seramai lebih 5 juta orang kaum Tibet di seluruh negara mengadakan pelbagai aktiviti untuk menyambut Tahun Baru Tibet, iaitu perayaan yang paling penting bagi mereka.

Menurut adat resam tempatan, penduduk Tibet akan mengambil setong air yang melambangkan kesucian dan kesejahteraan pada pagi hari pertama Tahun Baru Tibet.

Pada kira-kira pukul 5.00 pagi hari ini di Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet, ramai penduduk Tibet berkejar ke Kampung Sangmu untuk mengambil air dari tempat yang berkenaan.

Di Dataran Longwangtan yang dekat dengan Istana Potala, persembahan Opera Tibet telah diadakan untuk memeriahkan suasana Tahun Baru Tibet.

Di Provinsi Qinghai, masyarakat orang Tibet telah mengadakan pelbagai aktiviti seperti pertunjukan pakaian tradisional dan pertandingan tarian untuk menyambut tahun baru ini.

Di Kawasan Autonomi Ganzi dan Kawasan Autonomi Etnik Tibet dan Etnik Qiang di Aba, Provinsi Sichuan pula, tanglung-tanglung merah dan pelbagai kain sepanduk untuk menyambut Tahun Baru Tibet boleh ditemui di mana-mana tempat. Mercun juga dipasang untuk merayakan tahun baru ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China