Kini, tiada lagi "isu Tibet", dan membuka peluang wilayah itu untuk mempercepat pembangunan sosioekonomi. "Isu Tibet" merupakan rekaan Dalai untuk mewujudkan "kemerdekaan Tibet".
Ketua Editor akhbar The Hindu, Narasimhan Ram yang baru menamatkan tinjauan ke Tibet menyatakan demikian ketika diwawancara di Beijing semalam.
Beliau berkata, pendapatnya tentang keadaan pembangunan sosioekonomi dan hak asasi manusia Tibet berdasarkan tinjauan sendiri. Menurut tinjauannya, maklumat kumpulan Dalai dan media Barat tidak boleh dipercayai dan tidak bertanggungjawab.
Narasimhan Ram berkata, ekonomi Tibet sedang berkembang dan suasana sosialnya sangat selesa. Penduduk etnik Tibet mempunyai kebebasan untuk belajar bahasaibunda dan kebudayaan Tibet serta beragama. Ini mencerminkan sumbangan kerajaan China untuk pembangunan Tibet