Delegasi Perniagaan China yang melawat Switzerland hari ini menyertai Forum Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-Switzerland yang diadakan di Zurich.
Menteri Perdagangan China, Chen Deming berkata, terlaksananya penyusunan struktur perindustrian China akan menyediakan ruang kerjasama kedau-dua neagra yang lebih besar dalam bidang penjimatan penggunaan tenaga, serta pengurusan pencemaran. Naib Presiden yang juga Menteri Ekonomi Switzerland, Doris Leuthard berkata bahawa lawatan delegasi China ke Switzerland kali ini akan mendorong perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara.
Kedua-dua menteri juga telah menandatangani Memorandum Penubuhan Kumpulan Kerja Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-Switzerland dalam Bidang Penjimatan Tenaga dan Perlindungan Alam Sekitar.