Cari:
Sektor Perbankan China Kekal Mantap
2009-02-26 19:02:41 CRI Cetak

Impak negatif akibat krisis kewangan global ke atas sektor perbankan China adalah terhad dan risikonya dapat dikawal. Kini, sektor itu kekal mantap.

Pengerusi Suruhanjaya Pengawalan Sektor Perbankan, Encik Liu Mingkang berkata di Beijing hari ini, keuntungan bersih selepas cukai sektor perbankan China melebihi 580 bilion yuan RMB pada tahun lalu, meningkat 30% berbanding tahun 2007. Jumlah dan nisbah pinjaman lapuk bank-bank komersial masing-masing menurun. Kadar pulangan modal sektor itu mencatat angka 17%. Dengan kelebihan dari segi jumlah keseluruhan keuntungan, kadar pertumbuhan keuntungan dan pulangan modal pada tahun lalu, sektor perbankan China dijangka berada terkehadapan dalam barisan bank elit di dunia.

Menurut beliau, China penuh keyakinan untuk mengekalkan kedudukan itu pada tahun ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China