Cari:
ASEAN akan Terus Dorong Proses Integrasi
2009-02-26 16:11:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pemimpin ASEAN akan menandatangani Perisytiharan mengenai Peta Garisan bagi Komuniti ASEAN 2009-2015 dalam Sidang Kemuncak ke-14 pertubuhan serantau itu yang akan diadakan di Thailand untuk mendorong proses integrasinya. Demikian dinyatakan Menteri Luar Singapura, George Yeo ketika diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua China.

Beliau berkata, ASEAN perlu meningkatkan kerjasama dan hubungan dengan negara rakan dialog dan kuasa ekonomi di rantau lain di samping meningkatkan kerjasama serantau. Menurut beliau, negara ASEAN perlu bekerjasama untuk menentang amalan perlindungan perdagangan serta menunaikan janji tentang membuka pasaran ketika berdepan dengan krisis kewangan sejagat.

George Yeo menegaskan peranan China yang penting dalam mengatasi krisis kewangan sekarang. Beliau berkata, sumbangan China yang terbesar kepada ekonomi dunia adalah mengekalkan pertumbuhan ekonomnya. ASEAN dan China diharapkan terus mengembangkan hubungan untuk memastikan perjanjian perdagangan bebas ASEAN-China dilaksanakan dengan lancar.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China