Cari:
Pusat Media NPC dan CPPCC Tahun 2009 Beroperasi
2009-02-27 13:32:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pusat media sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) mula beroperasi semalam. Kakitangan di pusat itu mula melayan wartawan dari dalam dan luar negara yang memohon untuk membuat liputan sidang tersebut.

Untuk memudahkan urusan liputan, wartawan boleh memilih pendaftaran secara dalam talian, iaitu berdaftar di laman web pusat media NPC dan CPPCC. Laman web kedua-dua sidang tersebut sudah dilancarkan pada 4 Februari lalu.

Ketua pusat media tersebut berkata, selepas wakil NPC dan anggota CPPCC tiba di Beijing, pusat media akan memberikan maklumat mengenai tempat penginapan perwakilan dan nombor telefon untuk berhubung bagi agenda mesyuarat, aturan sidang akhbar untuk memudahkan urusan liputan wartawan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China