Menteri Perdagangan China, Chen Deming berkata, China bersedia membantu perusahaan Sepanyol untuk mempromosi hasil pertanian, kasut kulit dan pakaian tekstilnya. Pihaknya berharap Sepanyol mengambil langkah berkesan eksport produk teknologi tinggi ke China, dan memperluaskan pelaburan di samping mendorong kerjasama kedua-dua negara dan berusaha ke arah mencapai sasaran jumlah perdagangan dua hala mencatat 40 bilion dolar Amerika pada tahun 2011.
Beliau berkata demikian semasa menyertai Forum Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-Sepanyol yang diadakan di Madrid semalam.
Chen Deming yang mengetuai delegasi perniagaan China melawat Sepanyol dan menyertai forum tersebut.
Menteri Perndustrian, Pelancongan dan Perdagangan Sepanyol, Miguel Sebastian berkata, pertukaran dan kerjasama antara perusahaan kedua-dua negara amat penting bagi mendorong perkembangan perdagangan dua hala yang seimbang, menentang amalan perlindungan perdagangan, dan bersama-sama menangani cabaran krisis kewangan.