Cari:
Sidang ASEAN+3 dan ASEAN+6 Diadakan di Thailand pada Bulan April
2009-02-27 18:42:10 CRI Cetak

Sidang ASEAN+3 (China, Jepun dan Republik Korea) dan Sidang ASEAN+6 (China, Jepun, Republik Korea, Australia, New Zealand dan India) akan diadakan di Thailand pada 10 hingga 12 April tahun ini.

Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar selepas mesyuarat khas Menteri-menteri Luar 10 negara ASEAN di Cha am, Thailand hari ini. Namun, tempat sidang tersebut belum ditetapkan.

Beliau berkata, Menteri-menteri luar ASEAN juga mengadakan perbincangan dan mencapai persetujuan berhubung penyelesaian masalah pelarian, pengurusan urusan dalaman ASEAN dan jadual mesyuarat-mesyuarat ASEAN yang penting pada tahun ini. Menurutnya, hasil sidang kali ini adalah "memuaskan" dan akan diserahkan kepada Sidang Kemuncak ASEAN.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China