Cari:
Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Tangani Konflik di Selatan Thailand
2009-02-27 16:32:59 CRI Cetak

Malaysia dan Thailand akan meningkatkan kerjasama dua hala menangani konflik keganasan di selatan Thailand.


(Foto daripada Laman Sesawang Rasmi Sidang Kemuncak ASEAN ke-14)

Kata sepakat itu dicapai oleh Menteri Luar Malaysia, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dan rakan sejawatnya dari Thailand, Kasit Piromya ketika mengadakan pertemuan di Cha-am pagi tadi.

Dalam sidang akhbar selepas pertemuan itu, Ketua Pengarah Penerangan Kementerian Luar Thailand, Tharit Charungvat berkata, Malaysia membuat komitmen untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Thailand dalam penyelesaian masalah tersebut. Kedua-dua pihak juga menegaskan perlunya meningkatkan usaha-usaha pendidikan dan pembangunan ekonomi tempatan, serta menyediakan peluang bagi penduduk di kawasan tersebut memulakan kerjaya mereka.


(Foto daripada Laman Sesawang Rasmi Sidang Kemuncak ASEAN ke-14)

Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju meningkatkan kerjasama untuk menjayakan gagasan serantau pertumbuhan segi tiga Malaysia, Thailand-Indonesia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China