Cari:
China Bekerjasama dengan Negara-negara ASEAN untuk Atasi Kesukaran dan Saling Menguntungkan.
2009-02-27 16:27:16 CRI Cetak

Liu Jian menyatakan bahawa China dan negara anggota ASEAN telah menjalinkan hubungan persahabatan tradisional secara mendalam. Hubungan tersebut telah meningkat dengan pesat sejak rakan dialog antara China dengan ASEAN termaktub pada tahun 1991.

Menurut beliau, China dan ASEAN sentiasa bekerjasama dan memberikan bantuan yang murni antara satu sama lain semasa berlakunya isu-isu dan kesukaran sejak beberapa tahun lalu. China telah memberikan bantuan ikhlas kepada ASEAN ketika berlakunya krisis kewangan Asia Tenggara dan wabak selesema burung. ASEAN juga memberikan banyak bantuan dan sokongan kepada China.

Liu Jian menambah bahawa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 yang akan diadakan itu merupakan sekali sidang yang amat penting dalam tempoh pembangunan ASEAN yang baru. Beberapa dokumen yang penting seperti konvensyen Peta Garisan Pembangunan Komuniti akan ditandatangani, manakala isu-isu tentang bahan makanan, keselamatan sumber tenaga dan krisis kewangan sejagat akan dibincangkan dalam tempoh sidang tersebut. Beliau yakin sidang tersebut akan membuat sumbangan yang baru bagi mewujudkan proses integrasi ASEAN, dan meningkatkan pembangunan sosioekonomi ASEAN serta merapatkan hubungan rakan dialog dengan pertubuhan serantau itu.

Bagi beliau, Malaysia merupakan negara anggota ASEAN yang penting dan memainkan peranan positif untuk meningkatkan hubungan antara China dengan ASEAN, dan meningkatkan kerjasama Asia Timur dalam jangka yang panjang. Malah tahun ini merupakan ulang tahun ke-35 terjalinnya hubungan diplomatik China-Malaysia. Malaysia merupakan rakan perdagangan yang besar kepada China di Asia Tenggara, manakala China merupakan rakan perdagangan ke-4 terbesar kepada Malaysia.

Krisis kewangan sejagat sekarang merupakan cabaran yang serius bagi negara-negara Asia. Bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi dan situasi kewangan di China dan Malaysia adalah stabil. Kerajaan kedua-dua negara telah mengambil beberapa langkah bagi menstabilkan pasaran, meningkatkan permintaan dalam negeri dan merangsang pertumbuhan ekonomi masing-masing.

Liu Jian percaya bahawa negara-negara ASEAN akan menjayakan langkah-langkah dalam negeri masing-masing untuk menangani krisis kewangan sejagat sekarang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China