Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva semalam mengadakan rundingan berasingan dengan rakan sejawatnya dari Myanmar dan Kemboja yang berada di Thailand untuk menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-14.
Dalam sidang akhbar tentang hasil rundingan yang diadakan petang semalam, Abhisit Vejjajiva berkata, beliau berbincang dengan Perdana Menteri Myanmar, Thein Sein tentang isu pelarian, pekerja dan pengedaran dadah. Kedua-dua pihak mencapai kata sepakat tentang bantuan kemanusiaan yang berterusan dari Thailand dan masyarakat antarabangsa untuk kawasan bencana ribut taufan Nargis.
Ketika menyentuh rundingan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Abhisit berkata, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat tentang peningkatan kerjasama dalam bidang pengangkutan dan pelancongan. Tentang konflik kedua-dua negara di sempadan, kedua-dua pihak berpendapat, Thailand dan Kemboja telah mencapai persefahaman dan mempunyai keyakinan penuh dalam penyelesaian konflik itu.