Cari:
China Akan Tubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Makanan
2009-02-28 16:07:21 CRI Cetak

Suruhanjaya Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China meluluskan Rang Undang-undang Keselamatan Makanan hari ini. Menurut undang-undang itu, Dewan Negara akan menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Makanan sebagai badan untuk menyelaraskan dan membimbing kerja pengawasan keselamatan makanan.

Untuk mengatasi masalah pengawasan terhadap penggunaan bahan tambahan yang timbul dalam peristiwa susu tepung Sanlu, undang-undang tersebut menetapkan bahawa, perusahaan perlu menyerahkan permohonan penilaian keselamatan kepada jabatan kerajaan berkenaan sebelum mula menggunakan sebarang banhan tambahan makanan yang baru. Jika tidak tindakan tersebut dianggap tindakan yang haram.

Selain itu, China juga akan menetapkan standard negara keselamatan makanan yang sama.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China