Cari:
ASEAN Meterai FTA dengan Australia dan New Zealand
2009-02-28 09:02:16 CRI Cetak

Negara-negara ASEAN, Australia dan New Zealand memeterai perjanjian perdagangan bebas di Thailand semalam. Dengan ini, sebuah zon perdagangan bebas (FTA) yang meliputi kira-kira 600 juta orang penduduk di 12 buah negara telah diwujudkan.

Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Ekonomi ASEAN diadakan di Chaam petang semalam. Selepas mesyuarat itu, menteri-menteri ekonomi dari 12 buah negara berkenaan memeterai perjanjian tersebut.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin berkata, memandangan krisis kewangan dunia sekarang ini, pemeteraian perjanjian tersebut amat bermakna bagi negara-negara ASEAN yang berorientasikan eksport.

Rundingan perjanjian perdagangan bebas antara ASEAN dengan Australia dan New Zealand dimulakan pada tahun 2004, dan berakhir pada tahun 2008. Perjanjian itu mengandungi sektor perdagangan barangan, pelaburan, perkhidmatan dan harta intelek. Menurut perjanjian itu, negara-negara ASEAN akan membuka pasaran wain, daging lembu dan produk tenusu kepada Australia dan New Zealand, manakala, barang-barang eksport dari negara-negara ASEAN, seperti pakaian, kasut dan kenderaan ke kedua-dua negara tersebut akan dihapuskan tarif.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China