Cari:
Negara ASEAN Menentang Amalan Dasar Perlindungan Perdagangan
2009-02-28 09:32:56 CRI Cetak
Timbalan Perdana Menteri Thailand, Kobsak Sabhavasu semalam di Hua Hin menegaskan, negara-negara ASEAN menentang amalan dasar perlindungan perdagangan.

Beliau berkata, ASEAN berasa bimbang terhadap kandung tentang membeli barang-barang buatan tempatan dalam pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (A.S.).

Menurut Kobsak, dasar perlindungan perdagangan sama sekali tidak bermanfaat bagi menangani krisis kewangan global sekarang ini. Beliau berkata, negara-negara ASEAN akan memantau rapi krisis kewangan yang semakin meruncing ini, dan akan berusaha dan bekerjasama untuk mengatasi kesukaran ekonomi. Beliau menegaskan, usaha mempercepat integrasi ekonomi serantau akan membantu supaya negara-negara ASEAN bebas daripada impak negatif krisis kewangan ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China