Cari:
Setiausaha Agung ASEAN Gesa Tingkatkan Keselamatan Makanan Melalui Strategi Jangka Panjang
2009-02-28 09:37:49 CRI Cetak

Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan menegaskan bahawa masalah makanan tidak boleh diabaikan, dan ASEAN perlu meningkatkan keselamatan makanan melalui strategi jangka panjang.

Dalam sidang akhbar mengenai masalah tersebut yang diadakan di Chaam, Thailand semalam, Surin Pitsuwan berkata, masalah makanan telah menjadi salah satu cabaran yang dihadapi dunia sejak tahun lalu. Negara-negara ASEAN juga menerima kesan masalah itu, lebih-lebih lagi harga beras yang berkait rapat dengan kepentingan semua negara ASEAN.

Surin Pitsuwan menekankan, rantau ini memerlukan strategi makanan untuk jangka panjang dan perdagangan bahan makanan yang lestari.

Beliau mendedahkan bahawa Kenyataan Keselamatan Makanan Rantau ASEAN akan dikeluarkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-14.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China