Cari:
Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 Dirasmikan
2009-02-28 17:24:42 CRI Cetak


(Foto daripada Laman Sesawang Rasmi Sidang Kemuncak ASEAN ke-14)

Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 yang bertema "Piagam ASEAN untuk Rakyat ASEAN" dirasmikan di Hua Hin, Thailand petang tadi.

Perdana Menteri Thailand, iaitu negara pengerusi bergilir ASEAN, Abhisit Vejjajiva dalam majlis perasmian sidang itu berkata, ASEAN akan berusaha ke arah mewujudkan komuniti ASEAN demi keamanan dan kemakmuran serantau, di samping meningkatkan hubungan dengan negara-negara rakan pertubuhan itu.

Deklarasi Cha-am Hua Hin tentang Peta Garisan Komuniti ASEAN (2009-2015) akan dimeterai dalam sidang kali ini. Deklarasi itu mengandungi tiga perkara penting iaitu pembinaan Komuniti Ekonomi ASEAN, Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN dan Komuniti Sosio-budaya ASEAN.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China