Cari:
Pemimpin ASEAN Tegaskan Kerjasama dalam Menangani Krisis Kewangan
2009-03-01 16:17:41 CRI Cetak

Negara-negara ASEAN perlu menyelaraskan dasar ekonomi dan mengambil tindakan bersama untuk menangani krisis ekonomi dan kewangan antarabangsa.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 ditutup di Hua Hin, Thailand hari ini. "Kenyataan Akhbar tentang Krisis Kewangan dan Ekonomi Global" telah dikeluarkan dalam sidang tersebut. Menurut kenyataan tersebut, pemimpin pelbagai negara dengan sebulat suara berpendapat, dasar yang lebih proaktif perlu diambil segera untuk memulihkan keyakinan pelabur terhadap pasaran dan kestabilan kewangan demi memastikan pertumbuhan berterusan ekonomi serantau.

Kenyataan tersebut berbunyi, para pemimpin menentang amalan dasar perlindungan perdagangan, berjanji tidak melaksanakan dasar perlindungan perdagangan yang baru, dan mendorong Rundingan Perdagangan Pusingan Doha. Kenyataan itu juga menyeru agar segera menjalankan pembaharuan terhadap order ekonomi antarabangsa ke arah mewujudkan order ekonomi dunia yang baru yang universal, adil dan menyeluruh.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China