Perdana Menteri, Wen Jiabao menerima kunjungan Menteri Luar Jepun yang baru, Hirofumi Nakasone di Beijing hari ini. Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan tentang hubungan dua hala dan isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama kedua-dua negara.
Wen Jiabao meminta Hirofumi Nakasone untuk menyampaikan salamnya kepada ayahnya Yasuhiro Nakasone yang pernah menjadi Perdana Menteri Jepun. Wen Jiabao juga memberi penghargaan kepada Hirofumi Nakasone dan ayahnya kerana sumbangan mereka untuk persahabatan China-Jepun.
Hirofumi Nakasone tiba di Beijing dan memulakan lawatannya semalam Atas undangan Menteri Luar China, Yang Jiechi. Dalam rundingan dengan Yang Jiechi semalam, kedua-dua menteri berpendapat,China dan Jepun perlu meningkatkan kerjasama dua hala, serantau dan antarabangsa dalam krisis kewangan global kini.
Tentang masalah Pulau Diaoyu, Yang Jiechi menjelaskan pendirian China dan menuntut Jepun berhati-hati dalam menangani masalah ini.