Hubungan antara Tanah Besar dengan Taiwan yang lebih baik bermanfaat bagi kerjasama ekonomi ASEAN dengan kedua-dua pihak teresebut. Negara-negara ASEAN mempertahankan dasar "Satu China".
Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 ditutup hari ini.
Beliau berpendapat, hubungan kedua-dua pihak yang semakin erat akan membantu masalah diselesaikan dengan lebih cepat. Ini akan menguntungkan semua negara di rantau ini.
Selain itu, Perdana Menteri Thailand, iaitu negara pengerusi bergilir ASEAN, Abhisit Vejjajiva dalam sidang akhbar itu juga berkata, negara-negara ASEAN bersedia meningkatkan kerjasama ekonomi dengan negara dan kuasa ekonomi Asia yang lain. Menurut beliau, pemimpin ASEAN telah membincangkan peluasan ASEAN dan kemungkinan peningkatan kerjasama dengan pelbagai negara dan kuasa ekonomi di Asia.