China menggesa A.S. supaya bertindak untuk mewujudkan suasana yang harnomi bagi memulihkan dan mengembangkan hubungan tentera kedua-dua negara.
Demikian gesaan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Luar Kementerian Pertahanan China, Qian Lihua di Beijing hari ini.
Dalam pada itu, China amat prihantin terhadap Laporan Kekuatan Ketenteraan China 2009 yang akan dikeluarkan oleh A.S.. Qian Lihua menegaskan, laporan itu akan memberi kesan yang negatif kepada perkembangan hubungan tentera kedua-dua negara.
Menurut beliau, China bercadangkan menjadikan pegangan "menghormati, saling mempercayai, sama rata dan saling menguntungkan" sebagai prinsip asas untuk mengembangkan hubungan itu, dan China bersedia mencari cara dan saluran untuk tentera kedua-dua negara meningkatkan perasaan saling mempercayai.