Cari:
Deklarasi Cha-am Hua Hin mengenai Peta Garisan Komuniti ASEAN Dimeterai
2009-03-01 13:38:58 CRI Cetak


(Foto daripada Laman Sesawang Rasmi Sidang Kemuncak ASEAN ke-14)

Deklarasi Cha-am Hua Hin mengenai Peta Garisan Komuniti ASEAN (2009-2015) dimeterai dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 yang ditutup di Hua Hin, Thailand hari ini.

Deklarasi itu mengandungi tiga perkara penting iaitu pembinaan Komuniti Ekonomi ASEAN, Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN dan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN.

Sidang kemuncak kali ini juga mengeluarkan Rangka Tindakan Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN dan Rangka Tindakan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN untuk menetapkan rangka tindakan yang lengkap bagi mewujudkan komuniti ASEAN menjelang tahun 2015.

Selain pembinaan komuniti serantau, pemimpin-pemimpin negara ASEAN juga mengadakan perbincangan berhubung krisis kewangan global dan kemelesetan ekonomi, keselamatan makanan dan pencapaian Matlamat Pembangunan Milenium di rantau ini, serta mengeluarkan deklarasi dan kenyataan yang berkaitan.

Di samping itu, Perjanjian Keselamatan Minyak ASEAN juga dimeterai dalam sidang kali ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China