Jabatan Penerangan Dewan Negara China hari ini mengeluarkan kertas putih "Ulang Tahun Ke-50 Pembaharuan Demokratik Tibet" untuk memperkenalkan secara terperinci latar belakang pembaharuan demokratik di Tibet sejak 50 tahun yang lalu. Ia juga memperincikan proses pembaharuan, perubahan di Tibet selepas pembaharuan demokratik serta prestasi yang dicapai melalui pembaharuan demokratik tersebut.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 pembaharuan demokratik Tibet. Kertas putih tersebut memperlihatkan pembangunan masyarakat Tibet dengan mengenang kembali proses pelaksanaan pembaharuan demokratik di wilayah itu. Hakikat tersebut jelas telah mendedahkan pembohongan yang dibuat oleh kumpulan Dalai mengenai "masalah Tibet". Pengeluaran kertas putih tersebut bermanfaat bagi masyarakat antarabangsa untuk memahami keadaan sebenar, pembangunan dan perubahan di Tibet.