Cari:
Wakil dan Anggota NPC dan CPPCC dari Hong Kong Fokuskan Mempercepat Perpaduan dengan Tanah Besar
2009-03-02 16:17:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menjelang perasmian sidang ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-11 dan sidang ke-2 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC) ke-11, wakil dan anggota NPC dan CPPCC dari Hong Kong bertungkus-lumus menyiapkan hasil penyelidikan dan cadangan yang akan dikemukakan dalam sidang itu. Usaha mempercepat perpaduan dengan Tanah Besar serta menangani krisis kewangan dengan sokongan tanah air telah menjadi tumpuan para wakil dan anggota.

Dua orang wakil NPC dan tujuh orang anggota CPPCC dari Hong Kong semalam mengadakan sidang akhbar di Hong Kong secara berasingan. Mereka menyatakan akan membawa pendapat penduduk Hong Kong kepada kerajaan pusat. Mereka yakin sidang tahunan NPC dan CPPCC kali ini akan membangkitkan keyakinan pelbagai pihak bahawa Hong Kong dapat menangani krisis kewangan global dengan lebih baik dengan sokongan tanah air.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China