Cari:
Anggota CPPCC Tumpukan Perhatian kepada Topik Ekonomi
2009-03-02 19:03:26 CRI Cetak

Jurucakap Sidang Ke-2 Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC) Ke-11, Zhao Qizheng hari ini memaklumkan, setakat pukul 12 tengah hari tadi, Sekretariat CPPCC telah menerima 265 usul. Pelbagai topik ekonomi, termasuk memperluas permintaan dalam dan perdagangan sempadan telah menjadi tumpuan dalam usul-usul tersebut.

Dalam sidang akhbar pertama Sidang Ke-2 CPPCC Ke-11 hari ini, Zhao Qizheng memaklumkan bahawa kerajaan pusat merancang memperuntukkan 4000 bilion yuan RMB untuk merangsang ekonomi, ramai anggota CPPCC berpendapat penggunaan peruntukan tersebut sepatutnya cukup rasional dan menghindari berlaku pertindihan, dan sepatutnya memberi manfaat kepada negara dan rakyat.

Menurutnya, anggota CPPCC juga sangat mengambil berat terhadap kemerosotan perdagangan sempadan. Menambah peluang kerja dan mengurangi perbezaan antara bandar dan desa juga menjadi tumpuan anggota CPPCC.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China