Undang-undang Keselamatan Makanan China yang akan dilaksanakan tidak lama lagi memberi manfaat secara menyeluruh terhadap pemantauan keselamatan makanan dan menyediakan jaminan undang-undang bagi menyelesaikan secara sistematik masalah keselamatan makanan. Demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Kesihatan China, Chen Xiaohong di Beijing hari ini.
Undang-undang Keselamatan Makanan telah dibahaskan dan diluluskan dan akan dikuatkuasakan secara rasmi pada 1 Jun tahun ini bagi menggantikan Undang-undang Kebersihan Makanan yang dikuatkuasakan pada tahun 1995. Chen Xiaohong berkata undang-undang tersebut dikeluarkan memandangkan situasi keselamatan makanan semakin serius. Menurut undang-undang tersebut pengeluar mesti memikul tanggungjawab pertama bagi menjamin keselamatan makanan. Ia menegaskan kewajipan pemantauan oleh kerajaan dan pelbagai peringkat jabatan yang terlibat dan membuat ketetapan yang sempurna terhadap penilaian risiko, ketetapan standard, pemeriksaan makanan, penyebaran maklumat dan pengurusan peristiwa.
Menurut beliau,aduan tetefon tentang isu keselamatan makanan disediakan oleh jabatan yang berkenaan, dan mengalu-alukan pelbagai kalangan masyarakat membuat aduan.