Cari:
China dan ASEAN Perlu Bergandingan Tangan untuk Menangani Krisis Kewangan
2009-03-02 15:20:25 CRI Cetak
China dan negara anggota ASEAN sepatutnya meningkatkan perpaduan dan kerjasama secara berterusan untuk menangani krisis kewangan sejagat sekarang. Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China di Singapura, Zhang Xiaokang semasa diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua China kelmarin.   

Zhang Xiaokang berkata, kerjasama itu mempunyai erti realistik bagi menangani krisis kewangan sekarang Adalah sangat penting melaksanakan rancangan kerjasama China-ASEAN yang berkenaan, menjayakan pembinaan zon perdagangan bebas, meningkatkan pembangunan infrastruktur dan meningkatkan kerjasama subkawasan.

Beliau berkata, kedua-dua pihak sepatutnya mengekalkan sikap keterbukaan, mempertahankan perdagangan dua hala dan arah aliran pelaburan dua hala dan bersama-sama menentang perlindungan perdagangan. Kedua-duanya perlu meningkatkan kerjasama kewangan serantau, meningkatkan pasaran bon serantau, memelihara kestabilan ekonomi  serta mempertahankan kestabilan ekonomi dan kewangan Asia Timur untuk menangani krisis kewangan sejagat sekarang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China