Cari:
Pelbagai Parti Demokratik Serahkan 171 Usul kepada Sidang CPPCC
2009-03-02 19:02:19 CRI Cetak

Sidang tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC) akan dirasmikan esok. Pelbagai jawatankuasa pusat parti demokratik China telah menyerahkan 171 usul dan 45 laporan yang akan disampaikan dalam sidang tersebut yang berkaitan dengan isu yang diberi perhatian besar oleh kebanyakan penduduk sekarang.

Jurucakap sidang CPPCC ini, Zhao Qizheng berkata di Beijing hari ini sejumlah besar usul dan laporan telah memperlihatkan ciri-ciri pelbagai parti demokratik. Jawatankuasa Revolusi Parti KuominTang China dan Jawatankuasa Pusat Persekutuan Autonomi Demokrasi Taiwan telah mengeluarkan usul mengenai penubuhan zon ekonomi Selat Taiwan dan pembentukan mekanisme kerjasama ekonomi yang sesuai dengan keistimewaan masing-masing dari kedua-dua pantai selat Taiwan. Jawatankuasa Pusat Kesatuan Penubuhan Negara Demokratik China yang terdiri daripada tokoh-tokoh kalangan ekonomi telah mengeluarkan usul tentang meningkatkan pembaharuan syarikat sederhana dan kecil.

 

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China