Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) akan membincangkan topik termasuk memperluas permintaan dalaman dan meningkatkan kemampuan pembangunan secara berterusan di samping mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan yang berkesan bagi mengatasi krisis kewangan antarabangsa. Pengerusi CPPCC, Jia Qinglin berkata demikian dalam sidang tahunan CPPCC hari ini.
Katanya, tugas utama bagi CPPCC pada tahun ini adalah untuk memberikan perhatian kepada trend perkembangan krisis kewangan antarabangsa, menyelidik kesan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi dan membuat lebih banyak pengkajian terhadap trend situasi ekonomi negara.
Jia Qinglin berkata, dalam menghadapi situasi ekonomi yang serius, diharapkan ahli-ahli CPPCC daripada syarikat swasta dengan aktif memikul tanggungjawab supaya syariakt masing-masing sedapat mungkin tidak memecat pekerja, tidak mengurangkan atau lambat membayar gaji pekerja.