Cari:
China Tingkatkan Sokongan Sains dan Teknologi terhadap Pembangunan Pertanian
2009-03-04 16:23:26 CRI Cetak

Di China, terdapat seramai 800 juta orang petani. Sekarang, kerajaan China sedang mempertingkatkan pertanian yang sistematik dengan sokongan sains dan teknologi, mendorong penyelidikan khas yang melibatkan teknologi pertanian, agar meningkatkan keupayaan bersepadu untuk pengeluaran bahan makanan dan meningkatkan pendapatan petani.

Oleh sebab kekurangan tanah pertanian, pembangunan pertanian China semakin bergantung pada sains dan teknologi. Kemajuan sains dan teknologi dipandang sebagai kaedah asas untuk menggalakkan pembangunan pertanian. Oleh itu, dalam Sidang Kerja Sains dan Teknologi Seluruh Negara, membangunkan pertanian moden ditetapkan sebagai salah satu kerja utama pada China tahun ini. Menteri Sains dan Teknologi, Encik Wan Gang berkata,

"Kaedah yang asas bagi mempercepat pembangunan pertanian moden dan mendorong inovasi pertanian di desa ialah kemajuan sains dan teknologi. Dokumen nombor 1 kerajaan pusat khususnya menunjukkan, desa China yang berpotensi paling besar bagi meningkatkan permintaan dalam negeri, dan pertanian dengan tumpuan asas bagi mewujudkan pembangunan ekonomi yang stabil. Untuk itu, kerajaan perlu mendorong inovasi sains dan teknologi pertanian, dan mempergiat penggunaan sains dan teknologi dalam pengeluaran pertanian."

Badan-badan sains dan teknologi merancang untuk menyediakan sokongan teknologi yang berkesan bagi pembangunan pertanian melalui menanam biji baik jenis baru dan menggunakan hasil teknologi.

Semasa waktu menanam, kerajaan pelbagai tempat menghantar ramai tenaga dalam bidang teknologi untuk menjalankan latihan penyelidikan. Misalnya, kerajaan provinsi Fujian di bahagian tenggara China memulakan satu tindakan baru-baru ini. Pegawai dari Institut Sains Pertanian Provinsi Fujian, Encik Weng Qiyong berkata, tindakan yang menelan peruntukan sebanyak 12 juta yuan RMB itu bertujuan untuk menghantar tenaga teknologi mengadakan bimbingan dan latihan berhubung penanaman benih padi dan tumbuh-tumbuhan serta membangunkan kebun ekologi. Kata beliau,

"Bimbingan dan latihan yang kami sediakan menyasarkan dua golongan, iaitu syarikat pertanian dan petani. Tenaga teknologi akan mengadakan penyelidikan di syarikat agar mengetahui pengeluaran dan membantu mereka menyelesaikan masalah. Kami juga menyediakan bimbingan dan pengenalan hasil teknologi kepada petani sebelum menanam padi."

Berdasarkan statistik, hasil baru sains dan teknologi pertanian yang didaftar di China mencatat angka lebih 3000 setahun. Kemajuan sains dan teknologi memainkan peranan yang semakin besar dalam pembangunan pertanian.

Selain itu, sains dan teknologi juga menjadi jaminan bagi petani China untuk mengatasi bencana dan memastikan tuaian yang makmur. Encik Wan Gang memberi contoh, bencana kemarau yang melanda kawasan utara China tahun ini tetapi China berjaya kemajuan dalam tindakan mengatasi kemarau itu dengan menggunakan kaedah yang saintifik.

"Pihak kami memulakan operasi khas mengatasi bencana dengan menggunakan sains dan teknologi, menghantar pakar ke kawasan berkenaan dan mendorong penggunaan teknologi dan produk mengatasi bencana kemarau. Pihak kami juga meningkatkan peruntukan teknologi, menyokong kawasan bencana mempromosi teknologi yang matang dan meneroka teknologi kecemasan."

Walaupun bencana kemarau tersebut sudah reda, namun Kementerian Pertanian China menyatakan bahawa meningkatkan peranan sains dan teknologi dalam tindakan mengatasi bencana kemarau akan dijadikan jalan utama untuk mengatasi kemarau.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China