Cari:
Media Luar Fokuskan Langkah Merangsang Ekonomi China
2009-03-04 09:18:20 CRI Cetak

Sidang Tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Ke-11 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) semalam dirasmikan di Beijing. Media luar fokuskan langkah yang akan diambil oleh China untuk mendorong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan kestabilan masyarakat dengan latar belakang krisis kewangan global.

Associated Press (AP) semalam melaporkan bahawa ini merupakan sidang tahunan pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan CPPCC selepas tercetusnya krisis kewangan global. Langkah untuk terus merangsang ekonomi telah menarik perhatian yang luas.

Menurut Reuters, ekonomi dan kestabilan mesyarakat merupakan topik utama bagi sidang tahunan NPC dan CPPCC kali ini. Laporannya memetik ucapan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Jia Qinglin bahawa dalam menghadapi situasi ekonomi yang rumit dan serius, China sepatutnya berusaha mendorong peningkatan kehidupan rakyat serta keharmonian dan kestabilan masyarakat."

Akhbar "Lianhe Zaobao" Singapura semalam menerbitkan rencana yang menyebut, krisis kewangan global kini semakin teruk. Langkah kerajaan China untuk menghadapi cabaran telah menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam sidang tahunan NPC dan CPPCC kali ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China