Sidang kedua Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-11 akan dirasmikan pada pukul 9.00 pagi esok. Perdana Menteri, Wen Jiabao akan mengemukakan laporan kerja kepada sidang tersebut. Radio Antarabangsa China (CRI) akan menyiarkan secara langsung upacara perasmian tersebut dalam 9 jenis bahasa. Antaranya, siaran bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris. Siaran bahasa Melayu akan menyiarkan berita semasa tentang perjalanan mesyuarat tersebut dalam laman sesawangnya. Waktu siaran tersebut bermula pada pukul 9.00 hingga pukul 12.00 pagi esok. Alamat laman sesawang bahasa Melayu ialah Malay.cri.cn.