Cari:
Pelbagai Kerja untuk Sidang Tahunan NPC Sudah Siap
2009-03-04 15:51:29 CRI Cetak

Pelbagai kerja untuk sidang kedua Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-11 telah siap untuk dirasmikan esok. Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Wu Bangguo berkata di Beijing, mesyuarat persiapan telah mengundi presidium dan ketua setiausaha serta meluluskan agenda untuk sidang tersebut. Presidium terdiri daripada 171 orang anggota dan Wang Zhaoguo menjadi ketua setiausaha bagi sidang itu.

Sidang kedua NPC ke-11 akan mendengar dan membahas laporan kerja kerajaan, memeriksa keadaan pelaksanaan rancangan pembangunan sosioekonomi serta keadaan penggunaan belanjawan kerajaan pusat dan kerajaan tempatan pada tahun 2008. Selain itu, sidang tersebut akan mengesahkan rancangan pembangunan sosioekonomi dan belanjawan kerajaan pusat tahun 2009.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China