Cari:
Laporan Kerja Kerajaan Memperlihatkan Keyakinan China Menghadapi Krisis Kewangan
2009-03-05 12:47:03 CRI Cetak

Sidang tahunan badan berkuasa tertinggi China, Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) hari ini dirasmikan di Beijing. Dalam laporan kerja kerajaan yang dibentangkan pada upacara perasmian, Perdana Menteri, Wen Jiabao berkata, kerja kerajaan pada tahun ini mengutamakan usahamengatasi krisis kewangan global dan mendorong ekonomi berkembang dengan stabil dan agak pesat. Laporan ini telah memperlihatkan keyakinan China semasa menghadapi krisis kewangan.

Menurut laporan tersebut, kerajaan China akan melaksanakan siri rancangan yang mendorong ekonomi berkembang dengan stabil dan agak pesat. Keutamaan kerja ialah memperluas permintaan dalam negeri, meningkatkan daya saing ekonomi kebangsaan, mendorong pembangunan sosial melalui langkah-langkah menambah peruntukan kerajaan dalam jumlah besar, mengurangkan cukai, menyusun semula struktur industri, menggalakkan inovasi, meningkatkan taraf jaminan sosial dan menambah peluang kerja di bandar dan desa.

Menurut laporan, berdasarkan keperluan dan kemungkinan pembangunan bersepadu China, kerajaan telah menetapkan kadar pertumbuhan KDNK untuk tahun ini pada kira-kira 8%, kadar peningkatan indeks harga pengguna (CPI) kepada kira-kira 4% dan menyediakan lebih 9 juta peluang kerja di bandar dan desa.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China