Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan China: Tugas Utama Bagi Kerja Kerajaan Tahun 2009 (5): Terus Melaksanakan Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka, dan Terus Menyempurnakan Sistem dan Mekanisme yang Bermanfaat bagi Perkembangan Saintifik
2009-03-05 10:31:41 CRI Cetak
Pada tahun 2009, kerajaan akan berusaha untuk mendorong pembaharuan terhadap harga produk sumber tenaga, seperti air, elektrik dan arang batu.

China akan mendorong pembaharuan terhadap sistem fiskal dan sistem cukai, di samping menyempurnakan mekanisme pembentukan kadar tukaran RMB supaya ia terapung dengan stabil pada tahap yang munasabah dan terkawal.

Pada tahun ini, China akan berusaha untuk memastikan perdagangan luar bertumbuh secara mantap. Memandangkan permintaan dari luar semakin berkurangan, dan munculnya kembali faham perlindungan perdagangan, kerajaan akan meningkatkan sokongan terhadap sektor import dan eksport, menyusun semula dasar perdagangan luar, dan memperbaiki persekitaran perdagangan. Kerajaan juga akan mengambil beberapa langkah yang berkesan untuk memperkukuh pasaran eksport yang sedia ada, di samping meneroka pasaran yang baru. Langkah-langkah tersebut termasuklah: meningkatkan perkhidmatan kewangan terhadap sektor import dan eksport, mengembangkan perkhidmatan sumber luar antarabangsa, meluaskan import, khususnya mesin dan alat ganti yang maju, serta sumber tenaga dan bahan mentah yang penting. Selain itu, kerajaan juga akan bergiat untuk mendorong rundingan pusingan Doha, mempercepat pelaksanaan strategi zon perdagangan bebas, dan menangani pergeseran perdagangan secara munasabah.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China