Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan China: Mengimbas Kembali Kerja Kerajaan Tahun 2008 (1): Menyusun Semula Dasar Ekonomi Makro, Memelihara Pertumbuhan Ekonomi yang Stabil dan Pesat
2009-03-05 09:21:34 CRI Cetak

Ketika mengimbas kembali kerja kerajaan China pada tahun 2008, Perdana Menteri, Wen Jiabao berkata, pada pertengahan tahun lalu, kerajaan menyusun semula dasar ekonomi makro, dan mengambil beberapa langkah fiskal dan pencukaian yang berkesan untuk memelihara pertumbuhan ekonomi yang stabil dan pesat, serta mengelakkan harga barangan daripada melambung naik.

Selepas bulan September lalu, kerajaan sekali lagi mengubah suai dasar ekonomi makro untuk mencegah kadar pertumbuhan ekonomi jatuh menurun. Di samping itu, kerajaan melaksanakan dasar fiskal yang proaktif dan dasar kewangan yang longgar sederhana, tiga kali menaikkan kadar bayar balik cukai eksport, lima kali menurunkan kadar faedah asas simpanan wang dan pinjaman wang, empat kali menurunkan nisbah rizab simpanan cadangan bank-bank yang disimpan di bank pusat, buat sementara membatalkan cukai pendapatan individu daripada faedah simpanan wang, menurunkan cukai setem bagi urus niaga sekuriti, menurunkan cukai bagi urus niaga perumahan, dan meningkatkan sokongan pinjaman wang kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana.

Pada tahun 2008, kerajaan pusat memperuntukkan 595.5 bilion yuan RMB dalam usaha membangunkan desa, pertanian dan kaum tani. Jumlah itu meningkat sebanyak 163.7 bilion yuan RMB, iaitu 37.9% berbanding tahun sebelumnya. Kerajaan tiga kali meningkatkan harga minimun pembelian bahan makanan. Kadar peningkatan itu melebihi angka 20%.

Pada tahun lalu, kerajaan berusaha mendorong inovasi dan penstrukturan semula ekonomi. China berjaya menyelidik dan menghasilkan kapal terbang untuk laluan bukan utama, kenderaan yang menggunakan sumber tenaga baru, dan kereta api berkelajuan tinggi. Pada tahun lalu, kerajaan pusat telah memperuntukkan 116.3 bilion yuan RMB dalam bidang sains dan teknologi, meningkat 16.4% berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun lalu, China terus berusaha dalam penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan pencemaran, serta perlindungan alam sekitar. Kerajaan pusat telah memperuntukkan 42.3 bilion yuan RMB untuk menyokong 10 projek penting dalam bidang tersebut.

Pada tahun lalu, penggunaan tenaga bagi setiap unit KDNK menurun sebanyak 4.59%, manakala, jumlah pelepasan sulfur dioksida menurun sebanyak 5.95% berbanding tahun sebelumnya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China