Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan China: Mengimbas Kembali Kerja Kerajaan Tahun 2008 (2): Menyelaraskan Pembangunan Sosioekonomi, Meningkatkan Pembangunan Masyarakat dengan Mengutamakan Peningkatan Taraf Hidup Rakyat
2009-03-05 09:27:14 CRI Cetak

Pada tahun 2008, China terus berusaha supaya lebih ramai rakyatnya dapat menikmati perkhidmatan insurans. Jumlah penduduk yang menyertai Insurans Pencen Asas, bagi Pekerja di Bandar dan Pekan serta Insurans Perubatan Asas masing-masing mencatat angka 17.53 juta dan 20.28 juta orang.

Jumlah pencen bagi pesara syarikat meningkat sebanyak 110 yuan RMB purata setiap orang bagi setiap bulan.

Sebanyak 66.19 juta orang penduduk bandar dan desa di seluruh negara mendapat bantuan melalui sistem jaminan kehidupan asas.

Pada tahun lalu, China berusaha untuk menyelesaikan masalah perumahan bagi golongan yang berpendapatan rendah, di samping itu, menyelesaikan masalah air minuman bagi lebih 48 juta orang di desa.

Dalam bidang pendidikan, kerajaan pusat telah memperuntukkan 22.3 bilion yuan RMB bagi Sistem Bantuan Pelajaran Negara, dan menyediakan bantuan berkenaan kepada lebih 20 juta orang pelajar miskin pada tahun lalu.

Sistem Perubatan Kerjasama Desa Baru melibatkan 814 juta orang dengan mewakili 91.5% penduduk di desa, manakala, Insurans Perubatan Asas Penduduk Bandar dan Pekan meliputi 117 juta orang di seluruh negara.

Dalam bidang demokrasi dan sistem perundangan pula, 8 undang-undang termasuk Undang-undang Insurans Sosial dan Undang-undang bagi Mencegah dan Mengatasi Kesan Gempa Bumi telah dibahaskan oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan. Sebanyak 30 peraturan pentadbiran telah digubal atau dipinda. Selain itu, statut tentang maklumat kerajaan terbuka kepada orang awam telah dilaksanakan secara menyeluruh.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China