Pada tahun 2008, penyusunan badan Dewan Negara telah diselesaikan. Pembaharuan Sistem Hak Milik Hutan Kolektif Desa dilaksanakan secara menyeluruh. Pembaharuan sistem pemilikan saham bagi Bank Pertanian China dan Bank Pembangunan Negara dijalankan dengan lancar. Undang-undang Cukai Pendapatan Syarikat yang baru telah berkuatkuasa. Di samping itu, pembaharuan mengenai harga minyak siap dan bayaran cukai dilaksanakan dengan lancar.
Pada tahun lalu, China terus meningkatkan tahap pintu terbuka, melaksanakan strategi yang mengutamakan kualiti barang eksport dan kepelbagaian pasaran eksport, dan menyediakan lebih banyak panduan kepada pelaburan asing di China.
Pada tahun lalu, China telah meningkatkan bantuan kepada negara lain, di samping mencapai kemajuan yang menggalakkan dalam pembinaan zon perdagangan bebas, dialog ekonomi dengan rakan ekonomi dan perdagangan, serta kerjasama yang saling menguntungkan dengan negara-negara membangun yang lain.