Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan China: Mengimbas Kembali Kerja Kerajaan Tahun 2008: Berjaya Mengatasi Kesan Bencana Gempa Bumi
2009-03-05 09:36:03 CRI Cetak

Dalam laporan kerja kerajaan yang dibentangkannya dalam Sidang Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan ke-11 China, Perdana Menteri Wen Jiabao menyebut tentang gempa bumi yang dahsyat di Wenchuan pada 12 Mei tahun lalu.

Selepas gempa itu berlaku, rakyat di seluruh negara, khasnya penduduk di kawasan yang dilanda gempa itu telah menjalankan kerja menyelamat yang paling pantas dan paling besar skopnya dalam sejarah China. Seramai 84 ribu orang berjaya diselamatkan dari runtuhan bangunan. Sementara itu, pihak-pihak berkenaan dengan secepat mungkin memperbaiki kemudahan-kemudahan infrastruktur yang rosak dalam bencana itu untuk mengelakkan bencana baru daripada berlaku. Kerja mencegah wabak juga dijalankan segera dan berjaya mengelak wabak daripada berlaku  selepas gempa bumi berlaku.

Kerajaan pusat telah memperuntukkan 38.4 bilion yuan RMB sebagai dana bantuan bencana dan 74 bilion yuan RMB sebagai dana pembangunan semula pascabencana.

Rakyat pelbagai lapisan masyarakat dari dalam dan luar negara telah banyak membuat sumbangan derma wang dan barang untuk membantu mangsa di kawasan bencana mengatasi kesukaran.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China