Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan China: Mengimbas Kembali Kerja Kerajaan Tahun 2008: Kesukaran dan Cabaran yang Diharapi China
2009-03-05 09:37:40 CRI Cetak

Perdana Menteri Wen Jiabao ketika membentangkan Laporan Kerja Kerajaan berkata, China kini menghadapi kesukaran dan cabaran yang agak serius.

Yang pertama, krisis kewangan antarabangsa semakin meruncing. Permintaan dalam pasaran antarabangsa terus merosot. Trend deflasi global semakin ketara. Fahaman perlindungan perdagangan hidup semula. Iklim ekonomi di luar negara semakin serius. Faktor-faktor di luar sangkaan bertambah.

Yang kedua, kadar pertumbuhan ekonomi China semakin menurun. Situasi pengangguran agak serius. Peningkatan jumlah pendapatan kaum tani adalah perlahan.

Yang ketiga, masalah struktur dan sistem yang menyekat pembangunan ekonomi secara sihat masih wujud. Permintaan penggunaan tidak mencukupi. Pembangunan industri perkhidmatan perlahan. Keupayaan inovasi kurang memuaskan. Penggunaan tenaga dan sumber terlalu banyak. Pencemaran alam sekitar agak serius. Jurang perbezaan pembangunan antara bandar dengan desa, dan antara kawasan-kawasan yang berlainan semakin membesar.

Yang keempat, masalah-masalah yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dalam bidang jaminan sosial, pendidikan, perubatan, pendapatan dan keselamatan masyarakat, belum diselesaikan.

Yang kelima, kejadian serius keselamatan makanan dan keselamatan pengeluaran berturut-turut berlaku, mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerugian besar.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China