Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan China: Rancangan Am Kerja Kerajaan Tahun 2009
2009-03-05 09:47:47 CRI Cetak

Tahun ini merupakan tahun yang amat penting bagi melaksanakan Rancangan Lima Tahun ke-11, dan juga tahun yang paling sukar bagi pembangunan ekonomi negara selepas memasuki abad baru ini.

Memandangkan situasi dalam dan luar negara, China kini menghadapi cabaran dan juga peluang pembangunan.

Matlamat pembangunan ekonomi dan masyarakat China pada tahun ini ialah: kadar peningkatan KDNK mencatat kira-kira 8%, struktur ekonomi terus diperbaiki; lebih daripada 9 juta peluang kerja yang baru disediakan di bandar dan pekan, kadar pengangguran berdaftar di bandar dan pekan dikawal di bawah 4.6%; jumlah pendapatan penduduk di bandar dan desa meningkat dengan stabil; kadar peningkatan harga pengguna mencatat angka kira-kira 4%; situasi imbangan pembayaran terus diperbaiki.

Untuk menjayakan kerja tahun ini, kerajaan perlu mengutamakan kerja mengatasi penurunan kadar pertumbuhan ekonomi, menjadikan usaha meningkatkan permintaan domestik sebagai pedoman strategik dalam jangka panjang, di samping itu, mengutamakan penstrukturan semula ekonomi dan inovasi, meningkatkan pelaksanaan pembaharuan dan dasar pintu terbuka, serta menitikberatkan kerja menjamin dan memperbaiki taraf hidup rakyat.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China