Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan China: Tugas Utama bagi Kerja Kerajaan Tahun 2009 (1): Tingkatkan Kawalan Makro dan Pelihara Pertumbuhan Ekonomi yang Stabil dan Pesat
2009-03-05 09:53:22 CRI Cetak

Kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal yang aktif.

Yang pertama, peruntukan kerajaan akan ditingkatkan dalam jumlah besar. Ini merupakan tindakan yang paling proaktif, paling langsung dan paling berkesan untuk meningkatkan permintaan domestik. Defisit kerajaan pusat pada tahun ini ditetapkan pada 750 bilion yuan RMB, meningkat sebanyak 570 bilion yuan RMB berbanding tahun lalu. Sementara itu, kerajaan tempatan dibenarkan untuk mengeluarkan bon kerajaan yang bernilai 200 bilion yuan RMB. Dengan ini, jumlah defisit kerajaan seluruh negara mencatat 950 bilion yuan RMB, lebih rendah daripada 3% KDNK.

Yang kedua, kerajaan akan melaksanakan pengurangan cukai berstruktur di samping mempercepat pembaharuan bayaran cukai, bagi mengurangkan beban bagi syarikat dan penduduk yang berkenaan supaya menggalakkan pelaburan dan penggunaan mereka. Menurut ramalan awal, pada tahun ini, bayaran cukai bagi syarikat dan penduduk yang berkenaan akan menurun sebanyak 500 bilion yuan RMB.

Yang ketiga, menurunkan kos pentadbiran.

Kerajaan akan melaksanakan dasar kewangan yang longgar sederhana. Dasar kewangan akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam memangkin pertumbuhan ekonomi.

Yang pertama, kerajaan akan meningkatkan kawalan kewangan. Kerajaan akan meningkatkan bekalan wang (broad money supply) sebanyak kira-kira 17%, dan menambahkan pinjaman sebanyak lebih daripada 5000 bilion yuan RMB, supaya bekalan dan pinjaman wang dapat memenuhi permintaan pembangunan ekonomi.

Yang kedua, kerajaan akan memperbaiki struktur kredit dan pinjaman, meningkatkan sokongan kewangan terhadap pembangunan desa, pertanian dan kaum tani, serta syarikat-syarikat kecil dan sederhana.

Yang ketiga, kerajaan akan menyempurnakan mekanisme penyampaian dasar kewangan dan menjamin kelancaran pengedaran dana.

Yang keempat, kerajaan akan meningkatkan pengawasan dan penyeliaan dalam bidang kewangan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China