Yang pertama, kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan, khasnya perbelanjaan penguna. Kerajaan akan meningkatkan nisbah gaji dalam pendapatan nasional, meningkatkan nisbah peruntukan kerajaan dalam usaha memperbaiki taraf hidup rakyat serta meningkatkan pembayaran, di samping meningkatkan subsidi kepada kaum tani dan golongan yang berpendapatan rendah di bandar dan pekan. Kerajaan akan memangkin pembangunan pasaran kereta terpakai dan pasaran sewaan kereta, menggalakkan perbelanjaan yang memudahkan kehidupan rakyat, seperti perniagaan di kawasan kediaman dan perkhidmatan rumahtangga. Selain itu, kerajaan akan menggalakkan perbelanjaan dalam sektor pelancongan, riadah, kebudayaan dan sukan.
Yang kedua, kerajaan akan memelihara peningkatan pelaburan yang pesat di samping memperbaiki struktur pelaburan. Pada tahun ini, jumlah pelaburan kerajaan pusat mencatat 908 bilion yuan RMB. Pelaburan tersebut akan memfokuskan kepada projek yang meningkatkan taraf hidup rakyat, seperti pembinaan rumah untuk golongan yang berpendapatan rendah, pendidikan, kesihatan dan kebudayaan, projek tentang penjimatan sumber tenaga dan perlindungan alam sekitar, projek yang berkaitan dengan inovasi, serta projek pembinaan infrastruktur dan pembangunan semula pascabencana.
Yang ketiga, kerajaan akan mendorong pasaran hartanah berkembang dengan sitabil dan sihat. Kerajaan akan mempercepat pelaksanaan tindakan kerajaan tentang membina rumah untuk golongan yang berpendapatan rendah, di samping meningkatkan sokongan kewangan kepada pembinaan rumah kos sewa murah. Kerajaan akan terus menstandardkan pasaran hartanah. Selain itu, kerajaan juga akan membantu pekerja dari desa untuk menyelesaikan masalah kediaman.
Yang keempat, kerajana akan mempercepat pembangunan semula pascabencana gempa bumi. Kerajaan pusat akan memperuntukkan lagi 130 bilion yuan RMB dalam bidang tersebut. Rumah yang musnah dalam bencana gempa di desa akan selesai dibina semula supaya penduduk yang terlibat dapat berpindah ke rumah yang baru menjelang penghujung tahun ini. Pembinaan semula bangunan sekolah yang rosak dalam gempa bumi pula akan dipercepat supaya sekurang-kurangnya 95% pelajar di kawasan berkenaan boleh belajar di bangunan tetap menjelang penghujung tahun ini.
Usaha pembangunan semula pascabencana perlu dipercepat supaya matlamat yang berkenaan dicapai dalam tempoh dua tahun.