Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan China: Tugas Utama bagi Kerja Kerajaan Tahun 2009 (3): Memperkukuh Kedudukan Asas Pertanian, Mendorong Pembangunan Pertanian dan Meningkatkan Pendapatan Kaum Tani
2009-03-05 10:12:00 CRI Cetak

Yang pertama, pada tahun 2009, China akan berusaha untuk menstabilkan penghasilan bahan makanan, dan meningkatkan penghasilan bahan makanan sebanyak 50 juta tan.

Yang kedua, China akan menyusun semula struktur pertanian berdasarkan permintaan pasaran, di samping meningkatkan kualiti, keberkesanan dan daya saing hasil pertanian.

Yang ketiga, China akan meningkatkan pembinaan infrastruktur pertanian dan projek yang berkaitan dengan kehidupan petani.

Yang keempat, kerajaan akan mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan pendapatan kaum tani.

Yang kelima, pada tahun ini, kerajaan akan meningkatkan tahap bantuan kepada petani yang miskin, iaitu 1196 yuan bagi setiap orang, dengan melibatkan 40.07 juta orang.

Pada tahun 2009, kerajaan pusat akan memperuntukkan 716.1 bilion yuan RMB dalam pembangunan desa, pertanian dan kaum tani. Jumlah tersebut meningkat sebanyak 120.6 bilion yuan RMB berbanding tahun lalu.

China akan meningkatkan harga minimun pembelian bahan makanan, dan mengekalkan harga hasil pertanian pada tahap yang munasabah supaya menggalakkan kaum tani mengeluarkan lebih banyak hasil pertanian.

Selain itu, China akan meningkatkan subsidi dalam sektor pertanian. Kerajaan pusat akan memperuntukkan 123 bilion yuan RMB sebagai dana subsidi yang berkenaan, meningkat sebanyak 20 bilion yuan RMB berbanding tahun lalu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China