Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan China: Tugas Utama bagi Kerja Kerajaan Tahun 2009 (4): Mendorong Penyusunan Semula Struktur Ekonomi
2009-03-05 10:22:31 CRI Cetak

Pada tahun 2009, China akan berusaha untuk menjayakan penyusunan semula struktur industri.

Peruntukan daripada kerajaan pusat untuk menyokong pembangunan syarikat kecil dan sederhana meningkat daripada 3.9 bilion yuan RMB kepada 9.6 bilion yuan RMB.

Pada tahun ini, peruntukan kerajaan pusat dalam bidang inovasi sains dan teknologi mencatat 146.1 bilion yuan RMB, meningkat 25.6% berbanding tahun lalu. China menyokong penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sumber tenaga baru, biologi, ubat-ubatan, komunikasi mudah alih generasi ketiga, penjimatan sumber tenaga dan perlindungan alam sekitar.

China akan terus melaksanakan strategi membangunkan negara dengan bergantung kepada sains dan teknologi, melaksanakan strategi mengembangkan negara dengan bergantung kepada tenaga profesional serta strategi harta intelek.

Pada tahun ini, China akan meningkatkan kerja menjimatkan sumber tenaga dan melindungi alam sekitar, lebih-lebih lagi dalam bidang industri, pengangkutan dan pembinaan. China akan membangunkan ekonomi kitaran dan sumber tenaga bersih. Sementara itu, kempen tentang penjimatan sumber tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau akan terus dipergiat dalam kalangan rakyat seluruh negara.

Pada tahun ini, China akan meningkatkan kualiti produk dan keselamatan kerja secara menyeluruh. Tindakan khas untuk menstandardkan tata terbit pasaran serta kempen "Tahun Kualiti dan Keselamatan" akan diadakan di seluruh negara pada tahun ini, bagi meningkatkan pengawalan dan penyeliaan terhadap keselamatan kerja bagi sesetengah sektor yang penting, dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

China akan menyempurnakan sistem rangkaian keselamatan makanan dan sistem pemulangan balik untuk menjamin keselamatan makanan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China