Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan China: Tugas Utama bagi Kerja Kerajaan Tahun 2009 (6): Mempergiat Usaha Jaminan Sosial dan Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat
2009-03-05 10:55:19 CRI Cetak

Kerajaan akan berusaha merancakkan pengambilan kerja melalui dasar-dasar keutamaan dan peruntukan dana sebanyak 42 bilion Yuan RMB. Usaha membantu pengambilan kerja itu menumpukan kepada penawaran peluang kerja kepada beberapa golongan yang tertentu, seperti siswazah, penduduk di kawasan desa, golongan yang kurang berupaya, dan menggalakkan penubuhan syarikat swasta.

Kerajaan akan mempercepat pembentukan sistem jaminan sosial dengan peruntukan dana sebanyak 293 bilion Yuan RMB. Angka itu meningkat 43.9 bilion berbanding tahun 2008, iaitu 17.6%. Hal ini meliputi usaha-usaha seperti menyempurnakan sistem insurans pencen terutamanya untuk penduduk di kawasan desa.

Kerajaan memberikan keutamaan kepada usaha pendidikan dan memastikan prinsip rakyat menikmati peluang pendidikan dengan saksama. Kerajaan akan berusaha menawarkan pendidikan secara percuma di sekolah bandar kepada anak dari kawasan desa yang ibu bapa mereka mencari rezeki di bandar, dan memberikan bantuan wang kepada pelajar miskin yang menuntut di sekolah vokasional dan institut pengajian tinggi (IPT). Selain itu, kerajaan pusat akan memperuntukkan dana 12 bilion Yuan RMB untuk meningkatkan pendapatan seramai 12 juta orang guru sekolah menengah.

Kerajaan akan mendorong pembaharuan terhadap usaha perubatan yang menyasarkan matlamat supaya semua warga boleh menikmati perkhidmatan perubatan. Dalam tiga tahun akan datang, kerajaan pelbagai peringkat akan memperuntukkan sebanyak 850 bilion Yuan RMB, antaranya 331.8 bilion Yuan RMB daripada kerajaan pusat, untuk menjalankan usaha pembaharuan terhadap sistem perubatan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China