Cari:
Persidangan Tahunan NPC Fokuskan Usaha Tanganai Krisis Kewangan
2009-03-05 16:26:20 CRI Cetak

Sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) telah dirasmikan di Beijing hari ini. Sidang tahunan NPC kali ini mendapat perhatian orang ramai, malah masyarakat antarabangsa kerana ia berlangsung ketika ekonomi China menghadapi tekanan yang kian besar akibat krisis kewangan global.

Beberapa masalah kini terjadi dalam perkembamgan sosioekonomi China seperti kesukaran yang dihadapi oleh syarikat domestik, kekurangan permintaan pasaran dalam negeri dan cabaran daripada isu pengambilan kerja. Cadangan-cadangan bagi menyelesaikan kesemua masalah itu mendesak untuk dibahaskan dalam sidang tahunan NPC kali ini. Serentak dengan itu, belanjawan kerajaan pusat yang terlibat dalam rancangan rangsangan ekonomi bernilai 4000 bilion Yuan RMB juga akan dibahas dalam sidang tersebut.

NPC sebagai badan yang mempunyai kuasa paling tinggi di China mengadakan sidang tahunannya bagi membahaskan dan meluluskan kerja laporan kerajaan. Selain itu, NPC juga bertanggungjawab terhadap kerja perundangan dan pelantikan pemimpin negara.

Seramai lebih 2900 orang wakil NPC yang menghadiri sidang tahunan kali ini akan mengemukakan cadangan mereka tentang cara-cara mengelakkan kemerosotan ekonomi, menurunkan kadar pengangguran dan beberapa isu lain. Mereka juga akan membahaskan dasar dan pendekatan kerajaan dalam usaha perubatan, pendidikan, penawaran rumah penduduk dan bantuan kepada pengganggur.

Bagaimana menggunakan dana yang digariskan dalam rancangan rangsangan ekonomi bernilai 4000 Yuan RMB itu, kini menjadi fokus pelbagai kalangan masyarakat. Wakil-wakil NPC itu akan bersama-sama membahaskan butir-butir mengenai pengagihan dana tersebut supaya ia digunakan dalam projek-projek pelaburan secara bijak dan telus.

Bagi China, krisis kewangan yang telah merebak ke seluruh dunia dianggap boleh juga membawa peluang kepada China jika ia ditangani dengan baik. Usaha mendorong pembaharuan sistem sosioekonomi dan mengalihkan kaedah pertumbuhan ekonomi berdasarkan usaha menangani krisis kewangan global, dijangka menjadi topik hangat dalam sidang tahunan kali ini. Sepertimana yang dilaporkan oleh media, cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh wakil-wakil persidangan berdasarkan usaha penyelidikan yang bersungguh-sungguh dan pandangan masyarakat awam yang dikumpul melalui pelbagai jenis saluran, termasuk jaringan internet. Oleh yang demikian, beberapa konsep dan idea yang serba baru dijangka akan diperlihatkan dalam sidang tahunan ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China